Monday 30 May 2011

0 MAHARAJA LAWAK : BALAS TERSINGKIR

Assalamualaikum, 
KUMPULAN BALAS sudah pun tersingkir.. urmm, nak bgtahu yang saya nieh kenal sgt dengan kumpulan BALAS nieh..nama pun 1 sekolah dgn dorang.. yang sorang g pulak jiran saya.. Dah masak pun dgn perangai dorang nih.. rapat jugak lorh dgn dorang nieh.. selepas abis sekolah masing2 sibuk dgn kerjaya sendiri.. now, saya rase bangga lorh dgn cita2 dorang jd pelawak.. mmg dorang 2 sesuai masuk rancangan raja lawak tue.. dr dulu smp sekarang.. melawak je tahu... kih3...
FANDI & SYUKRI





LAWAK nie lorh yg paling saya suke semasa raja lawak!! hehehe

KUALA LUMPUR: Selepas sembilan minggu beraksi, akhirnya Kumpulan Balas kecundang selepas diumumkan tersingkir oleh juri tetap Ahmad Idham pada minggu kesembilan program tersebut, Jumaat.
Kumpulan yang terdiri daripada Fandi Muhammad,25, dan Mohd Shukri Mohd Sahar, 24, terpaksa akur dengan keputusan tersebut kerana mengakui persembahan pada malam itu tidak sehebat peserta-peserta lain.
“Kami agak kesal apabila disingkir dengan meninggalkan persembahan akhir yang teruk dan bukannya persembahan yang terbaik.
“Ini semua kerana kekurangan latihan yang secukupnya memandangkan kami kini sibuk dengan beberapa lakonan dan kami tahu di peringkat sebegini, jika persembahan tidak bagus, secara automatik pasti kita ajan disingkir terus,” kata Fandi yang ditemui selesai pertandingan tersebut di Studio Finas, Ulu Kelang.

No comments: