Monday 14 January 2013

0 Bila SUAMI anak EMAK..

SETIAP kali ingin membuat keputusan, mencari emak. Apa saja masalah yang berlaku - emak; bermanja berlebihan - emak; mencari keputusan untuk hal berkaitan rumah tangga, baik membeli rumah atau perabot - emak; bergaduh dengan isteri juga, mengadu pada emak. Pendek kata, semua yang dibuat emak dibabitkan, walaupun usia bukan muda, malah sudah beristeri dan berkeluarga.

Inikah yang dikatakan anak emak? Istilah berkenaan bukan baru kita dengar, sebaliknya sudah digunakan sejak dulu lagi, lebih-lebih lagi untuk lelaki yang terlalu manja dengan ibunya.
Mungkin tidak ada cacat-celanya perkara ini bagi si lelaki itu dan ibunya, tetapi tidak bagi kebanyakan wanita. Rata-rata, wanita rimas dengan lelaki begini, terutama wanita yang bersuamikan anak emak kerana anak emak ini sering kali tidak matang dalam membuat keputusan bijak, sekali gus mencerminkan mereka lelaki yang tidak pandai berdikari.


Ramai melihat perkara itu, lebih banyak buruk daripada baiknya terutama apabila segala yang dilakukan untuknya tidak pernah nampak elok dan baik, hanya kerana tidak sama seperti ibunya. Masak tak sedap, tak macam emak masak; tak pandai kemas rumah, tak macam emak dan macam-macam lagi hal, yang boleh membuat isteri atau teman wanita jauh hati.

Si lelaki juga tidak terkecuali menerima kesan buruknya. Bagi lelaki bujang umpamanya, gelaran anak emak, membuatkan wanita sukar mendekati mereka. Wanita akan beranggapan lelaki begini tidak matang, membosankan dan tidak layak dijadikan suami!

Bagi yang berkahwin, tidak mustahil, isteri lama-kelamaan jauh hati, kecil hati dan tidak lagi mahu melayari kehidupan bersama.

Namun, tidak wajar rasanya hal sebegini menjadi punca rumah tangga berantakan. Jika bijak dan pandai mencari ‘puncanya’, mengenal pasti serta melakukan perkara yang membuatkan si suami atau teman lelaki melebihkan ibu mereka, bukan saja mereka akan lebih sayangkan kita, mungkin satu hari kita akan juga akan jadi anak emak kepada ibunya!
Hakikatnya, apabila berpacaran seterusnya mendirikan rumah tangga, kita bukan hanya berkawan dan berkahwin dengan pasangan malah keluarga mereka. Ibu isteri juga adalah ibu kepada suami dan begitu juga sebaliknya.

Sebagai anak, sewajarnya ibu harus terus disanjungi, tidak kira bila dan di mana. Namun, lelaki bergelar suami juga harus tahu peranan dan tanggungjawabnya kepada isteri dan keluarga. Tidak salah merujuk kepada ibu tetapi tidaklah dalam semua perkara, lebih-lebih lagi jika berselisih faham dengan isteri.

Isteri juga harus menghormati dan menyayangi keluarga suami sebagai tanda taat kepada suami. Bukankah syurga buat isteri terletak di tapak kaki suami.

Saturday 12 January 2013

0 Ciri-ciri orang yg mencintaimu

  1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
  2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
  4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
  5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
  6. Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
  7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
  8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
  9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
  10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
  11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
  12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
  13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
  14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
  15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.
  16. Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’
  17. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  18. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
  19. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
  20. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
  21. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
  22. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
  23. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.
  24. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

0 LUpakan DIA

Delete dari semua yang boleh menghubungkan
Contoh terbaik delete dari facebook, twitter dan di handphone canggih korang tu.delete semua gambar beliau.delete semua benda yang boleh buat korang teringat kan beliau.delete massage,delete gambar. ni bagi mengelakkan korang terus mengongkong fikiran korang dari  terus ingt kat beliau.selagi korang dok ingat kat beliau macam mana nak  move on kan kan? Lakukan SEKARANG!
Elakkan bersua muka
Mula-mula nak hilangkan perasaan sayang,suka dan cinta korang kat sapa-sapa.korang haruslah berusaha untuk tak bersua muka dengan beliau. kalo terpaksa.macam orang tu satu kelas ke.jiran korang ke.elakkan dari tengok beliau. belajar untuk didik hati korang supaya kuat dari rasa sedih atau kecewa.selalulnya bila kita tengok orang yang kita suka gembira. rilek je. Jadi korang elak dari seksa diri korang dengan cara elakkan bersua muka.
.u
Berfikiran positif
Ni pun salah satu cara yang agak berkesan.bagi pendapat admin.korang masih takleh lupakan awek atau kekasih tu sebab nya korang mesti fikir yang korang takkan jumpa yang lagi baik dari beliau kan? Dan bila ada yang nak kenal korang.korang rasa EXpired korang tu lebih hebat dan lebih baik.korang banding banding kan.dan macam kita semua tahu.korang akan selalu menang kan orang yang korang sayang. Ada baik nya korang berfikiran positif.terima dia seadanya.mungkin kelebihan orang laen  korang tak nampak lagi di saat ni.tapi mungkin satu hari nanti.sapa tahu kan?
Berfikiran negatif
Berfikiran negatif kepada orang yang korang nak lupakkan tu. set mind korang yang beliau  beliau ni jahat dan akan terus lukakan hati serta jiwa korang. so prevention is better than cure la kan? kalo korang rasa rindu ke apa ke.cepat set mind korang yang orang tu langsung tak fikir pun pasal korang.so buat apa nak bersusah payah nak pikir pasal orang yang tak fikir langsung pasal kita kan? ini penting sebab dengan cara ni la kita akan move on dengan lebih tekad dan lebih kuat.

Penuhi masa lapang
Ini penting supaya masa korang takda utk disia siakan untuk mengingati orang yang tak sepatutnya.kalo cuti cuti weekend tu kuar ngan member yang satu kepala. Pergi tepi pantai hirup udara segar..daripada korang buang masa dok fikir tentang orang yang tak sepatutnya. baik la korang enjoy dengan hidup sekarang.eh.muda hanya sekali.so penuhi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah ya.
Mengikut cara islam
Kita harus ingat Allah yang memberi perasaan itu dan Allah juga yang berhak mengambilnya balik dari kita.mintak doa banyak banyak supaya Allah ambil perasaan syg tu kalo itu bukan hak kita. Aku ada  pengalaman dengan seorang member ni.dia pernah bagitau betapa dia rindu sangat kat seorang perempuan ni.dia tak pernah contact pun dengan perempuan ni.just rakan sekuliyah je.tapi hati tertarik dan perasaan rindu tu datang. aku tanya dia apa dia buat kalo dia rindu? dia kata dia amik wuduk dan solat 2 rakaat supaya perasaan tu hilang.begitu indah Allah mendidik hambaNya. Sebab kita tahu yang lebih berhak dirindui wajibnya Allah dan Rasulullah.

 Berdoa & Bertawakal
Ini adalah solution yang terbaik dan potion bagi segala-galanya. Berdoa lah kepada-Nya agar diberi kekuatkan jiwa dalam menghadapi dugaan dalam kehidupan dan diberikan pasangan yang serasi.

Melarikan diri
Siapa kata melarikan diri tidak menyelesaikan masalah ? Memang melariakan diri tidak akan menyelesaikan masalah tetapi ia dapat mengurangkan tekanan anda. Cuba anda pergi ke satu tempat yang agar jauh dari tempat anda dan rehatkan minda anda. Tapi jangan la buat kerja gila dengan pergi ke tempat anda date dengan si-Dia anda.

Luahkan perasaan anda
Emmm luahkan perasaan anda kepada sahabat karib anda. Mungkin dia tidak banyak membantu tetapi sekurang-kurangnya dengan meluahkan perasaan anda akan dapat menghilangkan tekanan anda.

 Ingat dekat orang lain
Masih tak dapat lupakan si Dia? Urghhh susah nie. Macam nie la kalau masih teringatkan si Dia kenapa anda tak cuba ingat dekat orang lain… Ahli keluarga ke, artis ke, idola ke, tapi kalau boleh jangan cuba untuk teringatkan kawan sejantina anda… Bahaya tu karang jadi lain lak.Xpun ingt je pada org yg myayangi n boleh wat kawan.

Tuesday 8 January 2013

1 About me..

 
 When i was young, i've always wanted to be a model as it's every girl's dream to look beautiful but as i grow older as a person and don on the hijab, the urge for me to become a model sparks a whole new meaning.
Being a muslimah, maybe the oppurtunity to put yourself out there is smaller compared to the others but i don't believe that just because i am having a small piece of cloth on my head, it means that i can't make it happen.

I have worked with photographers who respect me and still appreaciate the art of what a muslimah model can contribute and being able to be a part of this is something words can't expressed.

For me, being a model and gaining all these new and fastastic experience is not only a way for me to enjoy the artistic point of life but to also carry a voice that everyone can make it if they try hard enough.

And it will be nice if i can let this wonderful experience grow and to gain priceless knowledge from people who are in this field.

Monday 7 January 2013

0 Apa salahku.. apa dosaku?

Ya ALLAH.. Apa salahku sehinggakan dugaan yang Engkau berikan amat lah sakit. Tapi aku terpaksa menerima dengan hati yang terbuka.Aku terlalu mengharap yang aku akan bahagia bersama Faez..tapi ternyata TIDAK.. ia amat menyakitkan hati. Kerna dengan sewenangnya dia membatalkan temu janji kita setelah sebulan tidak ketemu.Tapi aku mengerti jika dia sibuk dengan family nya. Tapi berilah aku peluang untuk ketemu walaupun sejam dua jam pun jadilah.Kadang-kadang aku terpikir aku patut lepaskan dia. tapi aku xkuat nak hadapi semua tue.. Setiap masa saat aku tunggu panggilan mesej dr dia. tapi sampai bila aku nak hidup keseorangan. Aku perlukan orang yg boleh bimbing & menjaga aku utk menjadi pelajar yg baik.
Insyaallah.. aku akan lepaskan kamu..

♥ awk tak ambik kisah pasal sy,
tp ada org lain yg ambk taw..
♥ awk tak jawab call sy, tp ada
orang lain call saya..
♥ awk tak reply msg sy, tp ada
orang msg sy tiap masa..
♥ awk tak nak jumpa sy, tp ada
yang nk wt janji temu ngan sy..
♥ awk tak tanya sy dah makan ke
blm, tp ada yg trtanya kpd sy..

# Saya tak mengharap orang laen buat mcm tuw, sy cuma
mengharap awak, bila suatu hari nnti sy brhenti mngharap,
itu bukan sebab saya dah tak sygkan awk, cuma melepaskan
awak untuk bahagia dengan orang lain