Thursday 12 January 2012

0 Semoga selamat...

baby sayang papa..!!
Assalamualaikum.. uols.. beby nak korang doakan keselamata ayah saya yang terlantar di HOSPITAL KPJ Perda akibat accident semasa balik dari tempat kerja nya ( gurun ke kulim ).kejadian nye berlaku di Bukit Selambau.. Ayah terpaksa Operation  pagi ini (12 januari 2012) akibat luka yang teruk di Bahagian tangan nye.. dan luka di kaki yang amat teruk terpaksa memakai kerusi roda.. Ya ALLAH.. Engkau berikan lah kekuatan kepada ayah saya moga die tabah merempuhi dugaan ini.AMIN..!

Wednesday 11 January 2012

0 doa untuk KEKASIH.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…


Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…
Seringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami…


Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan periharalah aku dari kekecewaan…
Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…



Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…


Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…
Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…


Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan periharalah kami dari azab api Neraka…
Amin…amin…Ya rabbal ‘aalamin.

0 Zon larangan BERCINTA !

Percintaan bukanlah satu permainan yang boleh bermula dan berakhir sesuka hati. Oleh itu, bagi mempertahankan sebuah percintaan, jangan sesekali melakukan perkara yang tidak patut dalam cinta. Kamu perlu jujur dan tidak perlu berpura-pura. Tunjukkan sifat kamu yang sebenar dan percayalah orang yang mencintai kamu akan sentiasa menerima kamu seadanya. Selain itu, bagi mempertahankan sebuah percintaan, elakkan dari melakukan perkara-perkara ini dalam hubungan kamu.

1. Bercinta kerana simpati dan kasihan

Kamu tidak akan menjadi dewa/dewi penyelamat jika memaksa diri menerima cinta si dia. Perasaan ikhlas dan jujur itu semestinya tidak akan wujud dalam diri kamu seandainya simpati menjadi sebab mengapa kamu sudi bertaut cinta dengan si dia. Jangan terlalu mudah jatuh cinta hanya kerana kasihan si dia terlalu mengharap pada kamu. Pastikan kamu menerimanya kerana keistimewaan yang dia miliki. Andainya tiada langsung rasa cinta dalam diri kamu padanya adalah lebih baik kamu berterus-terang padanya. Si dia lebih kecewa andainya tahu kamu sebenarnya tidak mencintainya seperti mana dia mencintai kamu. Perlu ingat dalam cinta tiada paksaan semua orang berhak membuat pilihan sendiri mengikut naluri masing-masing.
2. Melirik kepada jejaka/gadis lain

Tidak dinafikan cinta bukannya penghalang untuk kamu meluaskan pergaulan tetapi harus ada batasannya. Mata kamu biasanya cepat saja melirik kepada jejaka/gadis lain. Walaupun niat kamu hanya sekadar cuci mata, namun ia juga boleh membawa kepada kecurangan. Mula-mula jeling-jeling, kemudian berkawan dan tidak mustahil kamu akan jatuh hati padanya pula di kemudian hari. Hargailah setiap yang ada di depan mata. Tidak perlu menjeling pada yang lain selagi yang ada di depan mata kamu sudah cukup sempurna di mata kamu.

3. Bersikap hipokrit

Kamu tidak seharusnya berpura-pura tekun ketika mendengar dia berbicara tentang perkara yang kamu tidak suka. Jangan paksa diri kamu untuk berhadapan dengan semua perkara ini kerana apa yang dikatakan sebenarnya langsung tidak singgah di otak kamu. Hipokrit namanya tu! Biarkan si dia tahu apa yang kamu tidak suka supaya si dia tidak mengulangi perkara yang sama. Namun tegurlah secara baik janganlah sehingga membuatkan dia tersinggung dengan kritikan kamu.

4. Sanggup menyerah kalah

Kamu sanggup menyerah kalah ketika berlawan badminton dengannya semata-mata mahu menjaga hatinya. Jangan takut, tidak salah bersaing dan tidak perlulah berpura-pura. Hubungan kamu dan si dia akan menjadi lebih ceria andainya ada persaingan yang sihat. Hari ini dia kalahkan kamu dan hari esok kamu pula cuba untuk mengalahkannya. Namun persaingan mestilah ke arah yang positif dan boleh variasikan hubungan itu. Janganlah sehingga menjejaskan hubungan kamu dan si dia hanya kerana terlalu serius bersaing.

5. Terima semua kesalahan

Jangan diam sahaja andai si dia melakukan sesuatu perkara yang tidak kamu sukai. Bukanlah menjadi satu kesilapan andainya kamu menegur perbuatannya yang ‘kurang’ itu supaya si dia menyedari dan sanggup berubah demi kebaikan. Biarpun mungkin si dia sedikit tersinggung dengan teguran kamu, namun berterus-terang itu perlu untuk kebaikan kamu berdua.

6. Harus sentiasa bersama

Orang bercinta kebiasaannya mahu berdua setiap masa. Ke mana sahaja pergi tidak mahu ada orang lain menganggu. Namun ini tidak bererti teman-teman kamu harus disingkirkan semata-mata kamu sudah menemui cinta. Apa salahnya kamu masukkan sekali si dia dalam kelompok teman-teman kamu agar si dia boleh membiasakan dirinya. Ada masanya memang kamu perlukan masa untuk berdua, tetapi janganlah asyik berdua sahaja kerana ia boleh menimbulkan rasa bosan juga.

7. Rapat dengan sahabat karib si dia

Kamu sememangnya perlu bergaul dengan orang-orang yang rapat dengan si dia supaya apabila kamu bersama si dia dan teman-temannya, kamu tidak mempunyai masalah untuk bergaul. Namun hati-hati supaya tidak terlalu akrab terutama dengan sahabat karib si dia. Ini boleh menimbulkan pelbagai rasa sangsi atau lebih teruk lagi kalau temannya jatuh cinta padamu. Oleh itu jalan yang paling baik berkawan setakat kenalan biasa. Jangan terlalu baik sehinggakan ambil berat makan minum dan kesihatannya. Daripada kamu terlalu baik sehingga ke tahap itu lebih baik kamu mengenali keluarganya dan berusaha merebut hati kedua ibu-bapanya.

8. Berpura-pura tidak cemburu

Kamu harus dapat membezakan antara sikap percaya dan berdiam diri apabila melihat si dia asyik berbicara dengan jejaka/gadis lain. Cemburu itu perlu ditunjukkan andainya ianya keterlaluan supaya si dia sentiasa menghormati kamu dalam apa jua keadaan. Apabila melihat si dia terlalu asyik berbual dengan jejaka/gadis lain kamu perlu tegur si dia dengan cara yang terbaik. Biar si dia tahu perasaan kamu ketika itu. Tidak perlu sorokkan perasaan kamu hanya semata-mata mahu menunjukkan sikap terbuka kamu sedangkan kamu sakit hati melihat kemesraannya bersama orang lain.

9. Terlalu menerima sikap si dia

Setiap orang memiliki kelebihan dan keburukan tersendiri. Namun itu bukan alasan untuk kamu menerima semua keburukannya. Manusia boleh berubah andainya ada kemahuan. Jangan hanya kerana terlalu menyayangi dirinya, kamu pejam mata melihat si dia melakukan perkara yang menyakitkan hati kamu. Fikirkan insiatif dan berbincanglah dengannya agar sikap buruk itu dapat diubah demi kebaikannya.

10. Biarkan si dia sahaja membayar

Sesekali apa kata kamu cuba bergilir-gilir membayar setiap kali makan atau minum. Perempuan ada kalanya terlalu berkira soal belanja dengan lelaki walaupun kekasihnya sendiri. Sikap ini tidak sepatutnya berlaku kerana dalam sesuatu hubungan perlu ada tolak ansur antara satu sama lain. Barulah hubungan berjalan dengan baik tanpa sebarang masalah. Tetapi pada kaum lelaki, jangan pula rasa tercabar dan jangan pula ada yang mengambil kesempatan.

Friday 6 January 2012

0 Comel ku DUNIAKU.. (!)

Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Illahi, baby masih bernyawa.. COMEL nama panggilan kucing ku.. waahh... baby ade kucing baru lorh sekarang.. Dengan sendiri nya ia datang ke rumah.. dr die kecil lagi.. sudah jaga nye.. Andai kata ia HILANG.. !! OHHH NO.. ibarat duniaku tidak akan berputar lagi.. pasti rindu..

ketika di klinik haiwan
bermain dgn mama nye..
nak jadi pemain bola sepak
sanggup manjat.. xnk air yg kotor d bawah

0 Tahun Baru BF baru.. (!)

Assalamualaikum, uols.! korang jgn salah sangka.. n katakan baby ni PLAYGIRL..!! nope..
bukan macam tue.. baby baru lepas break dgn bakal tunang.. die sudah menghancurkan hati baby.. die langsung xContact..& Message.. BUT WHY??!!! pelik..pelik..pelik.. kalau ade sesiapa pun xbg tahu lngsung.. die senyap dalam masa 3bulan..lesap trus..

Tapi lepas Muncul nye tahun 2012.. Baby dh tekad nak truskan hidup tanpa si die.. dalam masa yang sama Dazrul yusri muncul dalam hidup ku.. melafazkan cinta nye.. tapi cube sedaya upaya.utk menjadi yang terbaik dr yg lepas... insyaallah..! amin..

dazrul yusri, my BF


0 Photoshoot lagi.. (!)

Assalamualaikum..uols.. soei, coz lama dh xupdate blog.. bukan ape..bz sikit... (byk kowtt) hehehe..
jdi suri rumah sepanjang masa bersama adik2.. sebelum ape2 pun, baby nak ucapkan HAPPY NEW YEARS!!.. Moga2.. korang semua Open New Book..! lupakan kisah silam k..
ni baby nak korang seemy new pic photoshoot..d tasek gelugor bersama Muhamad Nal rashid & zulkhairi yeop (photographer)





Thursday 5 January 2012

0 kurang ajo bebeno..


Mungkin salah satu sindiket jenayah paling jahat di dunia ini pastinya yang berkaitan dengan aktiviti memintak sedekah.

Kita sudah pasti pernah terbaca dan melihat kisah-kisah (berdasarkan kisah benar) di televisyen akan bagaimana sindiket mengemis bertindak zalim ke atas wanita dan kanak-kanak.

Ada laporan di mana kanak-kanak dibutakan, dipotong tangan atau kaki, diseksa dan sebagainya semata-mata untuk menimbulkan rasa simpati orang ramai apabila memandang mereka.

Haiwan tidak berbuat demikian, itu manusia yang bertaraf syaitan.

Gambar tidak bertarikh di atas dan bawah memperlihatkan bagaimana seorang kanak-kanak perempuan berumur 11 tahun di China dibogelkan dipercayai oleh sindiket mengemis di negara itu.

Betul-betul mereka melayan manusia umpama batu yang tidak berperasaan.

Tidak diketahui apa tindakan pihak berkuasa negara itu, namun apa pun yang dibuat, pastinya tidak cukup.

Dan bagaimana rakyatnya hanya boleh berlalu memandang sepi begitu sahaja apa yang berlaku di hadapan mata mereka