Friday 3 June 2011

0 Lelaki sempurna

Assalamualaikum, baby kalau boleh nak ciri lelaki yang sempurna. Tapi,zaman sekarang nieh susah nak ada yang sempurna coz baby tahu " SETIAP ORANG PASTI ADAKEBAIKAN DAN KEBURUKAN MASING-MASING " betul x korang?
So bagi jejaka di luar sana , biar lah jadi lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini :

  • Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan. 
  • Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia. 
  • Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya. 
  • Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
  • Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
  • Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap. 
  • Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
  • Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama. 
  • Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya. 
  • Tidak mementingkan diri dan harta.

baby hanya mampu berdoa pada jejaka d luar sana


No comments: