Friday 3 June 2011

0 Dia tidak Berdosa..!!

Astaughfirllahulazim..HEBATNYA CINTA KORANG EH..nak tahu kenapa baby ckp cm2? ye lorh hebat lah cinta korang sampai nafsu xboleh tahan then urmm buang bayi pulakk...sedihnya bila kita dengar pasal buang bayi yang semakin kedengaran di berita. Kenapa perlu ada macam ini?? Bila duk buat benda yang terkutuk tu smpai xsedar-sedar.bila dh terkena macam ini,menyusahkan masyarakat. Kesian pada bayi yang xbersalah tue. Dia perlukan kasih sayang pada ibu bapa,tapi sampai xde belas kasihan..buang dr pangsapuri, dlm tong sampah,buang ke sungai.. macam2 berita yang baby dengar.. Bawa2 lah bertaubat..Cuba jangan mudah terpedaya pada lelaki.. Now ,kes nih pulak pada pg ni..

sedihnya tgok!!

Dia tidak berdosa

GOMBAK: Hanya sehari selepas seorang bayi lelaki baru dilahirkan maut akibat dicampak dari tingkat lima pangsapuri, seorang lagi bayi menjadi mangsa kekejaman apabila dibuang dalam ruang membuang sampah sebuah rumah teres di Taman Pelangi, Rawang di sini, semalam.
Bagaimanapun, bayi lelaki yang juga baru dilahirkan dan masih bertali pusat itu terselamat daripada maut apabila dia ditemui pemilik rumah berkenaan ketika mahu membuang sampah pada kira-kira jam 9.30 pagi.
R Punitha, 25, berkata ketika baru keluar rumah untuk membuang sampah, dia sempat melihat dua wanita menunggang motosikal meletakkan sesuatu di ruang membuang sampah di depan rumahnya.

“Saya nampak sendiri dua wanita yang menunggang motosikal meletak sesuatu di depan rumah saya. Saya sangka mereka membuang sampah dan saya kurang senang dengan tindakan mereka kerana tempat itu kawasan persendirian.



“Saya membuka pintu pagar dan menjerit ke arah mereka, namun kedua-dua wanita itu segera memecut laju,” katanya ketika ditemui Harian Metro di rumahnya, semalam.



 HENTIKAN LAH PADA BAYI YANG TIDAK BERDOSA..!!

No comments: