Thursday, 16 June 2011

2 Annisa



Waahhh..!! dh layan sekali,mesti nak tengok lagi.. hehehe. Apa-apa pun pelakonnya pun,hebat-hebat gak.. best tue..Dan yang paling best Tema lagu ANNISA ni haa yang menarik nya pun. "Lagu dari Jac, Ning dan Shila yang bertajuk Dimana dimana dan Beribu Sesalam" 




Dimana dimana -Jac,ning,shila



Annissa ni short form dari nama 4 sahabat iaitu Anna (Fiza Elite), Balkis (Rozita Che Wan), Sara (Aida Aris) dan Shila (Faradhiya) berkongsi minat yang sama iaitu masing-masing berminat dalam dunia fesyen dan mahu memulakan perniagaan sendiri, Maka, mereka telah membina empayar perniagaan, Annissa Corporation (dia berlakon kat Jakel. huhu).

Lepas tu cam biasa la. Harus ada konflik org makan duit syarikat juta-juta. (tp leh rilek lagi walo yg ilang tu 5 juta. 5 juta hokeh. Bkn 5 inggit, 5 ratus atau pun 5 ribu).
Dan yg menyebabkan aku lebih tertarik nak follow ialah bila ada part kawan makan kawan. Dlm 4 org shbt ni, Anna je da kawen. Lps tu tak bleh beranak. Yg asben dia sudah buat hal. Kawen plak secara senyap ngan Balkis (ni aku tatau sejak bila derang kawen, samada pas tau bini dia tak leh pregnant atau awal dari tu. Sbb aku kan lambat folo). Tp derang pandai simpan rahsia dengan mengkambing hitam kansorang lelaki - Kamal (Eizlan Yusof). Konon mcm Kamal ni boipren Balkis la. Bagi pinjam kereta la apa la. Bongok kan?. Geram je rasa. Lps tu siap kata 'kita perlukan Kamal tu utk cover hubungan kita ni'. Hah! ye.. nak tgk sampai bila dia leh kambing hitamkan kawan tu. Ye lah. Sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua nati.

Hidup ni kita mmg tak sangka. Yg Anna mmg tak suspect langsung la si Balkis. Malah dia ingat Sara plak yg ada affair ngan asben dia. Sbb Sara salu takde. Rupanya org tu sakit barah otak. Yg curi duit 5 juta tu lak, Shila.
Terlalu percaya dan baik sgt dgn shbt pun ye gak. Kalo balik lambat tu kadang2 suh asben antar si Balkis tu. Mana la tak lelaki tu jatuh chinta (Rozita Che Wan pun kan..sapa tak ndak. Eh???Hihi.) Si Anna ni punya trade mark bila Balkis kata 'pinjam suami ko yer', dia akan jawab 'pinjam boleh, rampas jangan'.

Skali sudah kena rampas maa.. Aku pun pelik cemna la hati seorang perempuan yg sanggup nak rampas kebahagian kawan baik sendiri. Bukan tak tau suami org tu, tapi cena leh tergamak nak kawen. Sahabat sendiri plak tu. Mungkin yg merampas tak kata merampas, dia cuma kata 'nak berkongsi'. Tah. Aku pelik kalo ada pompuan sanggup buat camni. Aku tetiba mcm emo sbb ye lah.. keadaan aku skang kan. Aku pun takde anak lagi. Tp takkan itu dijadikan alasan, ke lelaki ni pantang napak dahi licin dan pompan lak pantang tgk yg 'poket penuh' sket. Tp dlm cite ni, Balkis tu sendiri da kaya. Tp dah jodoh kan, nak wat cena?? Ya Allah..moga2 itu semata2 skrip saja. Takde berlaku di alam realiti ni.

Lelaki ni kalo dari 1 ke 2 memang agak sukar, tp jgn ko lupa dari 2 akan ke 3 dan seterusnya ke 4 tu mudah. 
Oh. Nati pecah gak tembelang Balkis sbb dia pregnant. Ha. Padan muka.

Episod last week, yg last laki si Anna ni bebuat tetido dlm keta masa nak amik Anna. Padahal sblm tu dia da bermadu asmara ngan Balkis kat umah Balkis. Bila Anna call, tak pick up phone. Konghajooo.. my dear kata 'ha, gitu la lelaki'. eiii.... coi..coi..coi...






2 comments:

Adam Narzuan said...

huhuhu...adam pun tengok gak...best gak citer ni..

AriSa MizuTaNi said...

yeah... best3..mar tgok same3..