Monday 13 June 2011

0 Kawww Timm... !!

Assalamualaikum,salam sejahtera kepada semua..
Haa....cube teka ape yang baby nak cerita kn tentang Kaww timm?? Korang semua pasti tahu lorh..  Dah tentunya pasal HAZAMA, iaitu JUARA TERAKHIR AKADEMI FANTASIA 9...!!! yeyeaahh...
Alhamdulillah..memang tidak sia-sia baby mengundi dan menyokong HAZAMA sampai di gelar JUARA... Biar lorh kredit habis semata-mata mahu mengundi hazama,yang pasti Hazama tetap dapat menjuarai AF9 niehh..
Yeaahhh...!! Lepas dengar PAK NIL (AZNIL) mengumumkan Juara AF9 ,HAZAMA tue,ape lagi...melompat-lompat lorh jawab nya..!! suke sangat...mmg puas hati ,lorh... :) senyum sampai ke telinga je lorh jawab nya.. hehehehe...

JUARA TERAKHIR AKADEMI FANTASIA 9, Hazama
PUTRAJAYA, 12 JUN 2011: Selepas 5 tahun menanti untuk bergelar sebagai pelajar Akademi Fantasia (AF), penantian Hazama nyata amat bermakna apabila dia diumumkan sebentar tadi sebagai juara Akademi Fantasia musim ke-9 (AF9), sekali gus bergelar juara terakhir program realiti tersebut yang melabuhkan tirainya sebentar tadi dalam Konsert Final AF9.
Hazama atau nama sebenarnya, Hazama Ahmad Azmi, 26, mula menceburi AF sejak musim ke-4 namun hanya sempat hadir sebagai calon prelude. Namun, kejutan terbesar AF9 iaitu pengumuman Operasi Gugur di mana pelajar yang sedia ada akan digugurkan, dan dua calon baru dibawa masuk merupakan titik mula peluang kedua Hazama dalam program realiti paling popular di negara ini.
Bertempat di Dataran Putrajaya, Presint 3, Putrajaya sebentar tadi, nama Hazama diumumkan oleh hos, Aznil Haji Nawawi sebagai juara AF9 menewaskan tiga calon juara lain iaitu Lena, Fina dan Azri. Hazama menyampaikan lagu Pukau nyanyian asal Tomok dan persembahannya untuk lagu ini dihiasi kemunculan istimewa Lisa Surihani. Lagu keduanya adalah lagu yang dicipta khas sebagai singlenya sendiri bertajuk Cinta Teragung.
Kemenangan Hazama membolehkannya membawa pulang sebuah trofi sumbangan Astro, wang tunai RM 200,000, hamper serta wang tunai tajaan Power Root bernilai RM5000, dan sebuah kamera bernilai RM3299 tajaan Sony.

Aku peminat fanatik kamu,HAZAMA!!..

Paklang..!!

okay lorh..jom kite layan lagu hazama yang nieh..bersama Meet Uncle hussain...Nak letak lagu baru hazama pun tiada lagi..hehehehe
Pokok- Meet uncle hussain feat Hazama



No comments: