Sunday 9 December 2012

0 Luahan hatiku

Saat ini aku masih sendiri
Masih mencari nilai diri
Kadang kala aku rasa diri ini
Tidak layak untuk dikasihi
Dan dimanjai apatah lagi untuk disayangi
Oleh insan yang bergelar LELAKI

Bukan juga bermakna aku menolak takdir illahi
Bukan mahu mengubah fitrah hidup insani
Cuma aku yang merasai derita ini
Tidak mahu orang ketahui rahsia hati ini

Begitu payah aku cuba mengusir rasa ini dari hati
Andai masa boleh diputar kembali
Ingin aku mengubah agar keadaanya bukan begini
Andai boleh aku kembali walaupun sekali
Nescaya akhir ceritaku bukan begini
Sakitnya menanggung kecewa ini sungguh tidak terperi

Padamu insan yang ku kasihi 
Aku doakan kau bahagia bersama orang yang kau cintai
Aku mohon ampunkan diri ini
Kerna aku tidak mampu lagi mengusir rasa hati ini
Maafkan ku wahai teman
Aku terima walaupun aku tak rela pemergianmu..
 

No comments: