Indahnya bercinta selepas kahwin,
hanya akan dirasai oleh insan2 yang menghargai & mengalaminya. Namun
bagi sesetengah manusia beranggapan bahawa percintaan selepas kahwin
tanpa mengenali & bercinta dengan pasangan mereka sebelum berkahwin
adalah mustahil untuk dikecapi.
Walhal
yang sebenarnya ALLAH S.W.T telah memberi kita garis panduan untuk
mengecapi kebahagian & segala2nya bermula daripada redha ALLAH
S.W.T. Perkahwinan adalah perkara yang amat dituntut dalam islam. Dengan
Berkahwin secara sah, perkara yang haram akan menjadi halal &
maksiat akan dijauhi.
Terdapat
banyak kebaikan bercinta selepas kahwin manakala bercinta sebelum
kahwin lebih membawa kepada keburukan berbanding kebaikan
Antara kebaikan2 bercinta selepas berkahwin :
- Selepas berkahwin ungkapan 'I love you' adalah sesuatu yang indah & tidak salah diungkapkan oleh pasangan. Malah ia dapat memekarkan percintaan antara suami isteri.
- Malah, berjalan berpegangan tangan juga tidak salah kerana ianya halal & menambahkan kemesraan antara pasangan.
- Apatah lagi jika dikurniakan pasangan yang soleh & solehah..Alhamdulillah, kita akan bahagia hingga ke akhir hayat. Pasangan yang sentiasa mencari Madrotillah akan mengecapi keindahan bercinta selepas berkahwin. Segala maksiat akan dapat dielakkan.
- Kebahagiaan duniawi & ukhrawi juga turut sama2 dapat diseimbangkan. Matlamat utama tentunya syurga & keredhaan ALLAH.
- "Manusia akan bercinta lagi disyurga, tempat pertama yang melahirkan cinta. Ketika itulah fitrah akan menjadi anugerah yang berharga & bernilai".
Renungilah Firman-Firman ALLAH :
"Wahai
sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan
kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada
(Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari
keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan
bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut
namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana
sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu". (An-Nisaa'
ayat:1)
"Wahai
orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan;
dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya
Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara
yang keji dan perbuatan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah
kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di
antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi
Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang
peraturanNya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha
Mengetahui". (An-Nuur ayat:21)
"(Lazimnya)
perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat,
dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan
(sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang
baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik.
Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan
oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh
pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia". (An-Nuur ayat:26)
Hayatilah Sabda Rasullullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam :
"Kepadaku
diberikan tiga idaman oleh ALLAH di dunia : isteri solehah,
berwangi-wangian & sejik mata(jiwa) ku dalam sembahyang". (Hadis
Riwayat Ahmad & An Nasai)
No comments:
Post a Comment