Sunday, 14 July 2013

0 6 Dosa yang tidak diampun Allah SWT walaupun dengan Taubat

1- Makan harta anak yatim secara haram.

( untuk menghapuskan dosa tersebut pemakan harta anak yatim mesti membayar kembali harta yang telah digunakan serta memohon maaf kepada anak yatim tersebut . Jika anat yatim tersebut memaafkan perbuatannya, barulah boleh bertaubat kepada Allah SWT. Seandainya anak yatim tersebut tidak memaafkan perbuatannya maka  dosanya tidak terhapus).

2- Menuduh wanita solehah berzina.

( Orang yang menuduh wanita solehah hendaklah memohon maaf kepada wanita tersebut, jika wanita solehah tersebut memaafkan, maka terhapuslah dosa tersebut dan bolehlah penuduh bertaubat kepada Allah SWT. sekiranya wanita solehah tidak memaafkannya maka dosa tidak terhapus dan tidak boleh bertaubat kepada Allah SWT ).

3- Lari dari medan Jihad yang memperjuangkan kalimah Allah SWT.

( Mereka yang lari dari medan jihad adalah mereka yang dayus dan tidak layak memasuki Syurga, cuba kaji dalam sejarah Islam hukuman mereka yang lari dari medan Jihad sehingga Rasulullah SAW terpaksa menunggu Arahan Allah SWT untuk memaafkan kesalahan tersebut ).

4- Melakukan sihir.

( Mereka belayar sihir dan pengamal sihir adalah mereka yang Syirik kepada Allah SWT, memang tidak layak bertaubat kepada Allah SWT melainkan mengucap kembali kalimah Syahadah dan mesti menyerah kepada kerajaan Islam untuk melaksanakan hukuman yang sewajarnya ).

5- Bersyirik kepada Allah SWT atau menyamakan kedudukan Allah SWT dengan makhluk.

( Dosa syirik atau menyamakan Allah SWT dengan makhluk samada melalui niat,percakapan dan perbuatan yang disedari atau tidak disedari  maka dosa ini tidak boleh bertaubat kecuali dengan mengucap kembali kedua Kalimah Syahadah dan pemerintah Islam mesti melaksanakan hukuman hudud barulah Allah SWT rela menerima kembali amal ibadat seseorang hamba yang telah menduakan Allah SWT atau menyamakan Allah SWT atau menyengutukan Allah SWT).

6- Membunuh Para Nabi yang diutuskan oleh Allah SWT.

( Mereka yang membunuh Para Nabi hendaklah dihukum bunuh dan terserah kepada Allah SWT untuk mengazab mereka. Rasulullah SAW pernah mengutuskan utusan untuk membuuh mereka yang menghina atau mengejek Allah SWT dan Rasulullah SAW semasa penubuhan Negara Islam Madinah).

Wednesday, 10 July 2013

0 Happy fasting

 Di bawah merupakan 50 pintu kebaikan yang boleh kita laksanakan semasa bulan Ramadhan:-
1- Ikhlas dalam setiap perbuatan
2- Bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benarnya
3- Berdoa ketika melihat anak bulan
4- Qiam semasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan
5- Mendirikan qiam semasa malam lailatul qadar dengan penuh keimanan dan pengharapan
6- Bersungguh-sungguh beribadah dalam 10 malam terakhir
7- Iktikaf di masjid
8- Memberi makanan pada orang yang berbuka
9- Membaca Al-Quran
10-Banyakkan berzikir mengingati Allah
11-Lazimi istighfar
12-Mengambil wudu’ dan mengekalkannya
13-Solat sunat 2 rakaat selepas berwuduk (solat sunat wuduk)
14-Doa selepas azan
15-Berdoa antara azan dan iqamah (doa yg tidak tertolak)
16-Menjaga solat subuh dan Solat Asar
17-Membaca Surah Al-Kahfi paada hari Jumaat
18-Menjaga solat jemaah 5 waktu di masjid
19-Iltizam dengan saf pertama di masjid
20-Berterusan menunaikan Solat Dhuha setiap hari
21-Menjaga solat sunat rawatib (sebelum dan selepas solat fardhu)
22-Menunaikan solat sunat di rumah
23-Berusaha membiasakan anak-anak kita yang kecil dalam melazimi solat (ajarlah solat ketika mereka 7 tahun dan pukullah mereka apabila mereka 10 tahun jika tidak mahu solat)
24-Menjaga solat sunat terawih
25-Mensegerakan berbuka bila azan bergema
26-Berdoa sebelum waktu iftar
27-Berdoa ketika berbuka
28-Menunaikan zakat fitrah
29-Infaq di atas jalan Allah
30-Menghilangkan gangguan/halangan di atas jalan (kayu,batu besar dll yang menghalang laluan)
31-Berbuat baik kepada ibu bapa dan mentaati mereka
32-Berbuat baik kepada anak yatim
33-Membantu menyelesaikan hajat orang lain
34-Ziarah saudara, sahabat dan rakan2
35-Ziarah orang sakit
36-Menyambung kembali silaturrahim jika terputus
37-Bergembira dengan kegembiraan saudara semuslim
38-Membetulkan kesalahan orang lain
39-Lemah lembut dengan manusia
40-Duduk dengan orang yang soleh dan baik
41-Menjaga lisan dan kemaluan
42-Banyakkan bertahlil(Lailahaillah) dan bertasbih (subhanallah)
43-Banyakkan berselawat ke atas Nabi
44-Bersedaqah jariah
45-Bantu orang muslimin
46-Menjalin silaturrahim dengan kawan ibubapa kita dan berbuat baik kepada mereka
47-Berbuat baik pada jiran
48-Mendoakan untuk ibu bapa
49-Mendoakan saudara semuslim tanpa pengetahuannya
50-Berdoa untuk kaum muslimin dan meminta pengampunan untuk mereka
p/s: Moga bisa meraih taqwa tertinggi dengan kita mengamalkan 50 perkara ini

0 my new Life


Alhamdulillah.. setelah lama ku menyepi tanpa berita dan tidak update blog. Now baby dh berubah kpada Izyan yg baru..chewaahhh!! kononnye.. insyaallah..benda ini akan berterusan sampai selama-lamanye..
seriusly,baby rasa lebih tenang dan aman lepas kejadian yg berlaku di antara cinta baby yg dulu. Mungkin ade hikmahnye utk baby bertemu kpd Hidayah yg Allah kurniakan dan bertemu kpd insan yg telah mgubah kpd kebaikan.. btw, baby bersyukur ke hadrat Illahi yg telah mbawa baby kpd cahaya yg lebih cerah.. amin!!

Monday, 14 January 2013

0 Bila SUAMI anak EMAK..

SETIAP kali ingin membuat keputusan, mencari emak. Apa saja masalah yang berlaku - emak; bermanja berlebihan - emak; mencari keputusan untuk hal berkaitan rumah tangga, baik membeli rumah atau perabot - emak; bergaduh dengan isteri juga, mengadu pada emak. Pendek kata, semua yang dibuat emak dibabitkan, walaupun usia bukan muda, malah sudah beristeri dan berkeluarga.

Inikah yang dikatakan anak emak? Istilah berkenaan bukan baru kita dengar, sebaliknya sudah digunakan sejak dulu lagi, lebih-lebih lagi untuk lelaki yang terlalu manja dengan ibunya.
Mungkin tidak ada cacat-celanya perkara ini bagi si lelaki itu dan ibunya, tetapi tidak bagi kebanyakan wanita. Rata-rata, wanita rimas dengan lelaki begini, terutama wanita yang bersuamikan anak emak kerana anak emak ini sering kali tidak matang dalam membuat keputusan bijak, sekali gus mencerminkan mereka lelaki yang tidak pandai berdikari.


Ramai melihat perkara itu, lebih banyak buruk daripada baiknya terutama apabila segala yang dilakukan untuknya tidak pernah nampak elok dan baik, hanya kerana tidak sama seperti ibunya. Masak tak sedap, tak macam emak masak; tak pandai kemas rumah, tak macam emak dan macam-macam lagi hal, yang boleh membuat isteri atau teman wanita jauh hati.

Si lelaki juga tidak terkecuali menerima kesan buruknya. Bagi lelaki bujang umpamanya, gelaran anak emak, membuatkan wanita sukar mendekati mereka. Wanita akan beranggapan lelaki begini tidak matang, membosankan dan tidak layak dijadikan suami!

Bagi yang berkahwin, tidak mustahil, isteri lama-kelamaan jauh hati, kecil hati dan tidak lagi mahu melayari kehidupan bersama.

Namun, tidak wajar rasanya hal sebegini menjadi punca rumah tangga berantakan. Jika bijak dan pandai mencari ‘puncanya’, mengenal pasti serta melakukan perkara yang membuatkan si suami atau teman lelaki melebihkan ibu mereka, bukan saja mereka akan lebih sayangkan kita, mungkin satu hari kita akan juga akan jadi anak emak kepada ibunya!
Hakikatnya, apabila berpacaran seterusnya mendirikan rumah tangga, kita bukan hanya berkawan dan berkahwin dengan pasangan malah keluarga mereka. Ibu isteri juga adalah ibu kepada suami dan begitu juga sebaliknya.

Sebagai anak, sewajarnya ibu harus terus disanjungi, tidak kira bila dan di mana. Namun, lelaki bergelar suami juga harus tahu peranan dan tanggungjawabnya kepada isteri dan keluarga. Tidak salah merujuk kepada ibu tetapi tidaklah dalam semua perkara, lebih-lebih lagi jika berselisih faham dengan isteri.

Isteri juga harus menghormati dan menyayangi keluarga suami sebagai tanda taat kepada suami. Bukankah syurga buat isteri terletak di tapak kaki suami.

Saturday, 12 January 2013

0 Ciri-ciri orang yg mencintaimu

  1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
  2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
  4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
  5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
  6. Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
  7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
  8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
  9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
  10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
  11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
  12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
  13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
  14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
  15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.
  16. Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’
  17. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  18. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
  19. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
  20. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
  21. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
  22. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
  23. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.
  24. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

0 LUpakan DIA

Delete dari semua yang boleh menghubungkan
Contoh terbaik delete dari facebook, twitter dan di handphone canggih korang tu.delete semua gambar beliau.delete semua benda yang boleh buat korang teringat kan beliau.delete massage,delete gambar. ni bagi mengelakkan korang terus mengongkong fikiran korang dari  terus ingt kat beliau.selagi korang dok ingat kat beliau macam mana nak  move on kan kan? Lakukan SEKARANG!
Elakkan bersua muka
Mula-mula nak hilangkan perasaan sayang,suka dan cinta korang kat sapa-sapa.korang haruslah berusaha untuk tak bersua muka dengan beliau. kalo terpaksa.macam orang tu satu kelas ke.jiran korang ke.elakkan dari tengok beliau. belajar untuk didik hati korang supaya kuat dari rasa sedih atau kecewa.selalulnya bila kita tengok orang yang kita suka gembira. rilek je. Jadi korang elak dari seksa diri korang dengan cara elakkan bersua muka.
.u
Berfikiran positif
Ni pun salah satu cara yang agak berkesan.bagi pendapat admin.korang masih takleh lupakan awek atau kekasih tu sebab nya korang mesti fikir yang korang takkan jumpa yang lagi baik dari beliau kan? Dan bila ada yang nak kenal korang.korang rasa EXpired korang tu lebih hebat dan lebih baik.korang banding banding kan.dan macam kita semua tahu.korang akan selalu menang kan orang yang korang sayang. Ada baik nya korang berfikiran positif.terima dia seadanya.mungkin kelebihan orang laen  korang tak nampak lagi di saat ni.tapi mungkin satu hari nanti.sapa tahu kan?
Berfikiran negatif
Berfikiran negatif kepada orang yang korang nak lupakkan tu. set mind korang yang beliau  beliau ni jahat dan akan terus lukakan hati serta jiwa korang. so prevention is better than cure la kan? kalo korang rasa rindu ke apa ke.cepat set mind korang yang orang tu langsung tak fikir pun pasal korang.so buat apa nak bersusah payah nak pikir pasal orang yang tak fikir langsung pasal kita kan? ini penting sebab dengan cara ni la kita akan move on dengan lebih tekad dan lebih kuat.

Penuhi masa lapang
Ini penting supaya masa korang takda utk disia siakan untuk mengingati orang yang tak sepatutnya.kalo cuti cuti weekend tu kuar ngan member yang satu kepala. Pergi tepi pantai hirup udara segar..daripada korang buang masa dok fikir tentang orang yang tak sepatutnya. baik la korang enjoy dengan hidup sekarang.eh.muda hanya sekali.so penuhi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah ya.
Mengikut cara islam
Kita harus ingat Allah yang memberi perasaan itu dan Allah juga yang berhak mengambilnya balik dari kita.mintak doa banyak banyak supaya Allah ambil perasaan syg tu kalo itu bukan hak kita. Aku ada  pengalaman dengan seorang member ni.dia pernah bagitau betapa dia rindu sangat kat seorang perempuan ni.dia tak pernah contact pun dengan perempuan ni.just rakan sekuliyah je.tapi hati tertarik dan perasaan rindu tu datang. aku tanya dia apa dia buat kalo dia rindu? dia kata dia amik wuduk dan solat 2 rakaat supaya perasaan tu hilang.begitu indah Allah mendidik hambaNya. Sebab kita tahu yang lebih berhak dirindui wajibnya Allah dan Rasulullah.

 Berdoa & Bertawakal
Ini adalah solution yang terbaik dan potion bagi segala-galanya. Berdoa lah kepada-Nya agar diberi kekuatkan jiwa dalam menghadapi dugaan dalam kehidupan dan diberikan pasangan yang serasi.

Melarikan diri
Siapa kata melarikan diri tidak menyelesaikan masalah ? Memang melariakan diri tidak akan menyelesaikan masalah tetapi ia dapat mengurangkan tekanan anda. Cuba anda pergi ke satu tempat yang agar jauh dari tempat anda dan rehatkan minda anda. Tapi jangan la buat kerja gila dengan pergi ke tempat anda date dengan si-Dia anda.

Luahkan perasaan anda
Emmm luahkan perasaan anda kepada sahabat karib anda. Mungkin dia tidak banyak membantu tetapi sekurang-kurangnya dengan meluahkan perasaan anda akan dapat menghilangkan tekanan anda.

 Ingat dekat orang lain
Masih tak dapat lupakan si Dia? Urghhh susah nie. Macam nie la kalau masih teringatkan si Dia kenapa anda tak cuba ingat dekat orang lain… Ahli keluarga ke, artis ke, idola ke, tapi kalau boleh jangan cuba untuk teringatkan kawan sejantina anda… Bahaya tu karang jadi lain lak.Xpun ingt je pada org yg myayangi n boleh wat kawan.

Tuesday, 8 January 2013

1 About me..

 
 When i was young, i've always wanted to be a model as it's every girl's dream to look beautiful but as i grow older as a person and don on the hijab, the urge for me to become a model sparks a whole new meaning.
Being a muslimah, maybe the oppurtunity to put yourself out there is smaller compared to the others but i don't believe that just because i am having a small piece of cloth on my head, it means that i can't make it happen.

I have worked with photographers who respect me and still appreaciate the art of what a muslimah model can contribute and being able to be a part of this is something words can't expressed.

For me, being a model and gaining all these new and fastastic experience is not only a way for me to enjoy the artistic point of life but to also carry a voice that everyone can make it if they try hard enough.

And it will be nice if i can let this wonderful experience grow and to gain priceless knowledge from people who are in this field.

Monday, 7 January 2013

0 Apa salahku.. apa dosaku?

Ya ALLAH.. Apa salahku sehinggakan dugaan yang Engkau berikan amat lah sakit. Tapi aku terpaksa menerima dengan hati yang terbuka.Aku terlalu mengharap yang aku akan bahagia bersama Faez..tapi ternyata TIDAK.. ia amat menyakitkan hati. Kerna dengan sewenangnya dia membatalkan temu janji kita setelah sebulan tidak ketemu.Tapi aku mengerti jika dia sibuk dengan family nya. Tapi berilah aku peluang untuk ketemu walaupun sejam dua jam pun jadilah.Kadang-kadang aku terpikir aku patut lepaskan dia. tapi aku xkuat nak hadapi semua tue.. Setiap masa saat aku tunggu panggilan mesej dr dia. tapi sampai bila aku nak hidup keseorangan. Aku perlukan orang yg boleh bimbing & menjaga aku utk menjadi pelajar yg baik.
Insyaallah.. aku akan lepaskan kamu..

♥ awk tak ambik kisah pasal sy,
tp ada org lain yg ambk taw..
♥ awk tak jawab call sy, tp ada
orang lain call saya..
♥ awk tak reply msg sy, tp ada
orang msg sy tiap masa..
♥ awk tak nak jumpa sy, tp ada
yang nk wt janji temu ngan sy..
♥ awk tak tanya sy dah makan ke
blm, tp ada yg trtanya kpd sy..

# Saya tak mengharap orang laen buat mcm tuw, sy cuma
mengharap awak, bila suatu hari nnti sy brhenti mngharap,
itu bukan sebab saya dah tak sygkan awk, cuma melepaskan
awak untuk bahagia dengan orang lain

Sunday, 30 December 2012

0 I LOVE HAZAMA!!

 Baby peminat setia HAZAMA, woowww mmg cinta sgtt.. kalau lah die jadi bf baby.. seronok nye hidup.Mmg baby xcari laki lain dh.. ---> BERANGAN..
siap tahu tentang biodata die.. I LOVE U, HAZAMA!!

Nama sebenar        = Hazama Bin Mohammad Azmi
Nama stage            = Hazama
Tarikh lahir             = 28 November 1984
Tempat lahir           = Kuala Lumpur
Keluarga                = Anak ketiga dari empat beradik
Tinggi/Berat            = 173cm/57kg
Artis Yang Diminati = Once(dewa) , Amy Search dan Mawi
Muzik kegemaran   = Rock Balada

Sebenarnya Hazama merupakan peserta Akademi Fantasia musim keempat,namun nasib tak menyebelahi beliau dan tersingkir dari program itu.Hazama kembali memasuki Akademi Fantasia ke-9 dan sekaligus berjaya dinobatkan sebagai juara.Hazama juga pernah menjadi vokalis sementara kumpulan Meet Uncle Hussain.

Thursday, 27 December 2012

0 Belajarlah kawal emosi

1) Lelaki tidak pernah rasa simpati pada diri mereka sendiri. Kalau mereka putus cinta, tidak pernah terbawa-bawa dan bila bertemu kawan, bertanyakan teman wanitanya, dengan selamba mereka jawab" oh, aku dah putus dgn minah tue". Kemudian mereka berlalu minum teh tarik. Berlainan pula dengan gadis, Mereka lebih banyak yang menjawab. " Tolong jangan cerita & tanya pasal mamat tue lagi.!"

2)Lelaki melihat utama ialah kehidupan mereka. Bagaiman nak teruskan kehidupan nak cari kerja sebagainya biarpun hubungan cinta susah pun putus. Gadis lebih memikirkan hubungan percintaan mereka yang terputus, kenapa jadi begitu? ini bermakna hati perempuan sgt lembut & mudah tersentuh.

3)Pada ;lelaki ada teman wanita, satu bonus. Gadis pula merasakan mesti ada teman lelaki, kalau tidak, hidup jadi tak lengkap.

4) Tanpa teman wanita, lelaki memikirkan tentang kerjayanya, sukan, keluar lepak dgn kawan-kawan.

5) Bila putus cinta,lelaki anggap gadis itu tidak sesuai dengannya & mencari gadis lain.

6)Lelaki berani bersumpah yang mereka tidak kecewa dgn pemergian aweknya walhal mereka sebenarnya sedih & terluka.

7)Lelaki tidak menangis seperti budak kecil kerana mereka tidak bersimpati kepada diri sendiri.

8)Lelaki tidak menganggap putus cinta sebagai satu trauma atau sejarah tetapi bagi gadis pula, merasakan ia sebagai trauma dalam hidup mereka.


0 Tak suka tak apa

Jikalau orang tak suka tak apa
Tapi janganlah kau mengata
Sudah menjadi adat di dunia
Ada rupa dan berharta orang suka

Jikalau orang tak suka tak apa
Biarlah ku mengundur diri
Mungkin kau rasa aku tak sepadan
Dengan dirimu

Ku sedar diri ini
Aku hanyalah insan biasa
Tapi aku ada harga diri
Walaupun terguris hati ini
Hingga menitis air mata
Namun semuanya tak bererti
Bagimu

Waktu orang suka semuanya indah
Waktu dah tak suka oh ada-ada saja
Sukarnya nak ku temui
Cinta yang sejati dan bahagia

 Jikalau orang tak suka tak apa
Tuhan masih menyayangiku
Moga suatu hari akan tiba
Jodoh buatku dengan insan
Yang ikhlas cintanya

Wednesday, 26 December 2012

0 Habis manis sepah di buang


Kadang-kadang aku asyik memikirkan hubungan kami.. semakin hari semakin teruk..Fikiran aku terfikir adakah si dia masih berkomunikasi dgn Xgf si die?? tapi xmungkin.. coz si dia terlalu bencikan si gadis tue. Kadang-kadang fikiran ku terlintas mesti ada punca kenapa si gadis itu mencari lelaki lain dan tinggal kan si dia. Adakah sebab perangainya? Takkan tidak ade punca si gadis itu mencari lelaki lain.. Sebab aku lebih faham perasaan & kemahuan kehendak perempuan. Tidak akan sesaja seorang perempuan akan mencari lelaki lain. Mungkin coz BOSAN, perangai yg EGO, kurang PERHATIAN/ KASIH SAYANG/ ataupun apa saja yang membuatkan seorang yang bernama gadis wat hal & mencari lelaki lain.
WAAAHHH.. aku terasa giler dgn perangai yang ada padanya.. seriusly die mmg seorang yang sangat EGO. Tapi sampai bile die nak wat perangai tue semua?? sampai aku dh ade lelaki lain baru nak nyesal cari aku balik?? Peluang hanya datang sekali.. kalau benda yang dh xdihargai lebih baik lempar/ buang.. Mmg itulah ayat yang selalu kawan2 die cakap kt aku.. tapi, aku hanya dengar kt telinga kanan keluar telinga kiri.. urmm.. Bodoh nya aku kan?? sekarang ni aku tahu mmg susah nak cari gadis yang setia. coz aku tahu.. aku banyak pengalaman & belajar dr kesilapan / pengalaman dr kawan2.. Kebanyakan nya gadis semua inginkan ENJOY, DUIT.. Yg setia pun ade segelintir.. tapi menjak aku jumpe dgn si dia aku blajar erti kesetiaan.. tapi?? apa padahnya?? HABIS MANIS SEPAH DIBUANG..!!
so... apa patut aku wat??

0 Selamat tinggal..!!


Masihkah ingat tentang Seseorang jejaka yang bernama mohd azly??Alhamdulillah.. saya sudah pun memutuskan persahabatan antara kami. Semasa pergaduhan sy dgn Faez fadillah, die muncul dalam hidup sy setelah setahun die meninggalkan sy. Katanya die meninggalkan sy coz terpaksa utk meningkatkan diri dgn kerjaya nya.. Tapi bukan senang-senang sy nak percaya dgn tipu helah nya.Mama sy pun dh menasihatkan supaya tinggalkan dia dan jangan mudah mempercayai kata-kata nya. Sampaikan die berkata ingin masuk minang sy setelah rezekinya cukup utk membiayai masa depan sy.ohhh No... sy tetap tidak akan terima nya kerna hati sy hanya pada seorang jejaka yang bernama Faez fadillah.Tapi kalau benar lah faez dh kurang sayang pada sy.. sy terpaksa melepaskan die pergi walaupun hati ni sakit utk terima. Azly pernah berkata bahawa die sygkan sy tetapi die tidak pernah membuktikan. so, pagi ni saya sudah pun melepaskan MOHD AZLY pergi dr hidup sy..Saya mohon maaf...kerna tidak dapat menunaikan hasrat kamu utk menjadi suami yang baik.. sampai di sini sahaja.. selamat tinggal

0 Sayu hati

Ya ALLAH.. seriusly baby benar-benar terasa dgn kepulangan nya ke kulim tanpa pmberitahuan. Bby dapat tahu pun dari org lain..Bila kol o mesej langsung xbalas. Kalau benar xsuka baby xpe lah.. baby boleh pergi jauh dr hidup die..SEDIH giler bila orang yang kita sayang xhargai dgn ape yang baby wat.. ambil berat.. mesej.. kol.. anything.. Kadang-kadang baby rasa mungkin die dah xperlukan baby lagi.. Tidak mengapa lah.. baby terpaksa lepaskan die, baby remove die dr FB, Buang no.fon die & baby akan pakai no. baru yang baby beli baru-baru ni. Kalau benar die still sayangkan baby, die pasti Add FB , cari baby kt rumah, memujuk baby dgn cara ape pun.. baby hanya mampu bersabar & lihat ape yang akan terjadi selepas ni. Adakah die akan mencari baby balik ataupun tidak..??

Tuesday, 25 December 2012

0 KEPEDIHAN ..


Arrgghhh.. sakitnya!! Assalamualaikum,hari ni baby terpaksa korbankan diri kurang kan CILI, Makanan PEDAS dalam segala makanan.. baby sentiasa sakit perut.. menyocokkk macam kene cucuk dgn jarum, kene tumbuk.. sampai berguling-guling kesakitan..Baby pun xtau lah kenapa asyik sakit jew menjak-menjak break dgn si dia ni.. ke kene maki hamun dr dia?? hehehe.. xpelah anggaplah 1 dugaan yang Allah sgt menyayangi baby.. Then, baby pun pergi jumpa doktor rupanya baby disyaki appendixx ohhh no.. ini mmg satu kenangan oahit & kenyataan yang baby xdapat terima. Yelahhh makanan pedas, cili.. tue sume favourite baby.. mmg xboleh lpaskan sume tue... nak wat camne.. kene terima coz luka dalam perut pun boleh merebak besar bila-bila masa sahaja.. now baby terpaksa pantang.. makan makanan yang tidak pedas...

Monday, 24 December 2012

0 Aku mahukan DIA


Saat aku kenali dia
Hati ini selalu gundah
Selalu ingin dekati
Dan ingin menghampiri dia
Aku mahu dia milikku
Ku harap semua pun tahu
Bahagia terasa bila
Ku melihat senyumannya
Aku sedar ku telah jatuh cinta 
Dengannya hatiku terasa luar biasa
Aku tahu kau selalu curi lihat aku
Matamu jelaskan kau mahu
Katakanlah padaku kasih
Andainya kau punya
Perasaan sepertiku
Agar kita bisa bersama
Tolong jawablah kasih
Jawablah perasaan
Hatiku yang menebal
Ku selalu terbayang senyummu

Aku sedar ku telah jatuh cinta
Dengannya hatiku terasa luar biasa
Aku tahu kau selalu curi lihat aku
Matamu jelaskan kau mahu
Katakanlah padaku kasih
Andainya kau punya
Perasaan sepertiku
Agar kita bisa bersama
Tolong jawablah kasih
Jawablah perasaan
Hatiku yang menebal
Ku selalu terbayang senyummu

0 Sayang...


Sayang apa khabar dengan mu
Di sini ku merindukan kamu
Ku harap cinta mu takkan berubah
Kerna di sini ku tetap untukmu

Sayang apa khabar dengan mu
Cobalah kamu telepon diriku
Ku rindu dengar suara indahmu
Kerna dirimulah semangat hidupku

Sayang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan cintaku
Sayang percayalah apa kataku
Kerna ku sayang kamu

Sayang dengarlah permintaanku
Jaga hatimu untukku
Sayang dengarlah bisikan hatiku
Kerna ku sayang kamu

Sunday, 23 December 2012

0 IM CRAZY




Dapatkah si dia rasa macam mana aku rasa sekarang ni?? RINDU?? SAYANG?? CINTA?? uurrmmm.. sy pun tidak tahu ape yang die rasakan di dalam hatinya.. arrgghh terlalu ramai yang risaukan keadaan sy kerna sy dh mula kurang senyuman, sentiasa sedih, sentiasa nak marah.. uhh.. ape patut sy lakukan?? Sampaikan ada di antara kawan sy dtg dr alor setar semata-mata nak Ceriakan sy.. & mahu mendengar luahan hati saya. Begitu juga mereka risaukan saya kerna sy memang cukup berani melakukan perkara yang benar-benar org lain pun xbrani.. aarrgghh aku CRAZZZYYY.. ---> hanya kerna seorang lelaki.. Terlalu BODOH nya aku ni..masih mengharapkan cinta yang tidak mungkin akan terbalas.. Tidak mengapa kerna aku memang seorang yang penyabar.. sy ni mmg seorang yang senang ditipu.. sebab senang percayakan orang.. tetapi kenapa eh?? Mungkin ini lah perangai yg special ALLAH ciptakan.. Kerna sy ade character tersendiri.. sy jadi diri sendiri & sy tidak hipokrit.. Sy suka kan kejujuran kerna sy pantang ditipu.. urmm.. NOW, sy sudah pun beli nombor baru.. kemungkinan saya akan tukar nombor baru kerna selama ini ramai sgt yang menganggu hidup sy menjak-menjak single ni.. Jd streeessss sgt.. sampaikan lempaq fon.. pecah abizz.. urrrmmm.. yeahh.. sy ni mmg cepat marah.. mungkin hanya di sebabkan perangai ni... si dia meninggalkan ku.. ---> die xtahan kowtt .. tapi marah ni terjadi kerna sesuatu buruk yang sy tidak suka berlaku.. memang lah marah.. xkan lah orang nak marah hanya utk suka-suka.. mesti ada sebab.. marah juga merupakan perkara---> marah sebab sayangg...!! Takkan die pun xtahu?? urmm.. pepandai dia lah nak pilih yang mana baik & buruk.. Satu hari nanty die pasti nyesal coz meninggalkan orang yang banyak korbankan ape saja demi dia.. & menjaga die dgn baik.. Perangai gurl lain-lain.. mmg dr luaran sume sama.. ada hibung, rambut hitam sama.. tapi perangai? character? tidak sama.. Bagaimana dgn kesetiaan setiap gurl?? pun xsamaaaaa... urmm.. biarkan je lah.. kalau benar dia sayangkan sy lagi.. dia pasti cari saya di rumah..
INSYAALLAH.. i love faez fadillah..

Saturday, 22 December 2012

0 Apa kesudahannya?

Setiap hari, setiap masa, setiap detik baby sentiasa menunggu panggilan / SMS dari si dia.. perlu ke sampai macam ni?? memang teruk kalau diikutkan kata-kata orang lain sebab mengharapkan orang yang xsudi / xikhlas.. Grrr.. geramnya bile kite ni terhegeh pada seorang yang xmungkin membalas cinta kita ni.. seksa nya hati ni sangat terluka.. tetapi tiada sesiapa pun yang ingin membalut luka ni.. masih mencari-cari.. kenapa zaman sekarang ni susah nak mencari lelaki yang baik?? aduuhhh.. baby hanya dapat menunggu ,tunggu dan tunggu saja mana tahu ade lelaki yang datang naik kereta BMW masuk minang ke rumah.. hahahhaa.. berangan nye baby ni.. Walaupun baby sedih, tapi sampai bila baby nak tunjukkan muka yang sedih n hati yang kecewa ni.. Menjak jumpa dgn Syukri ( lelaki orang)  die lah yang banyak memberi semangat pada baby.. Dan banyak menjadi kaunseling pada baby..bukan ape die pun xnak baby kecewa dan menyesal dengan ape yang baby wat utk memajukan diri utk masa depan juga.. yaaaa mmg betul tapi dalam hati sedih ni pun baby terpaksa senyum gembira dalam kepalsuan.. terpaakkkkssaaa!!Sebab baby pun xnak orang lain susah memikirkan masalah baby ni.. Terlalu ramai yang mengatakan bahawa baby terpaksa meninggalkan si dia.. mmg baby leh cakap pada si dia.. tapi?? hati ni xsanggup.. n lepas tu baby jadi lemah.. baby teringin nak jumpe si dia lagi sekali.. dan nak perubah keadaan, perbaiki kesilapan.. tapi si dia langsung xberi peluang.. patut ke baby melutut merayu pada si dia..?uhhh.. tentu gurl lain pun meluat kat baby nnti coz dah menjatuh kan maruah sebagai wanita.. urmm.. hanya berserah kepada ALLAH.. baby sampai terbayangkan si dia datang ke rumah menjemput baby keluar.. dalam masa tue.. die bawa bunga & berkata " baby, sudikah baby terima saya sebagai teman hidup baby?? " waaahh.. romantiknya..tapi xmungkin lah si dia nak datang ke rumah baby pun dh xde lah.. sebab kitorang dah xde ape2 ikatan sebagai teman special pun.. Sampaikan mama pun berkata kalau si dia dah xsuka biarkan je lah.. kalau die suka n sayang baby dah tentu die mesej, kol o datang ke rumah.. so?? tunggu je lah  APA KESUDAHANNYA.. !!

Friday, 21 December 2012

0 Kesunyian...

Ya ALLAH.. aku benar-benar kesunyian..Aku mahu mencari teman pengganti tetapi aku tidak mampu ingin menduakan nya kerna ku tetap setia walaupun die telah melukakan hatiku.. Biarlah ape yg telah die buat padaku.. Aku still terima dengan hati yang terbuka kerna aku tahu bahawa Allah sentiasa ada bersamaku.. Aku sengaja menyakitkan hati si dia dgn berjumpa lelaki lain dan membuat relationship di FB dgn orang lain kerna aku tahu die cemburu, ego, dan masih sayang kan aku.. ( benarkah??) Tidak mengapa.. aku tidak mengharapkan kasih sayang dari sesiapa pun.. kalau benar die sayangkan aku.. die akan buktikan sendiri dan aku tidak perlu memaksa nya.. Aku serabut kekadang tue kerna ramai sgt yg memaksa ku utk mencintaiku dan inginkan aku.. OOhhh.. no... bukan senang-senang aku nak terima dorang kerna aku pun dapat menilai keikhlasan mereka. Kalau ade jodoh n ade orang datang minang ke rumah.. aku terima je.. :) insyaallah..